Friday 12 January 2018

JALAN JALAN JEPUN hanya dengan RM1 !!!

Assalamualaikum pembaca semua. Eh skemanya…selamat berhujung minggu ye. Sejuk sejuk cuaca ni elok tidur je kan, tak payahla keluar jalan sangat, jalan lincin dan hujan nanti demam.
Tapi ada satu tempat ni aku recommend kat korang. Terbaik weyh, almost all thing you need ada kat sana. Tak kene hujan pon. hehehe
Jom JALAN JALAN JEPUN !!
Serius aku ajak korang ni, setakat RM 1 aku boleh la belanja. Hehhe.
JALAN JALAN JAPAN adalah PRELOVED shopping stores yang menjanjikan harga serendah RM1. Quality ? nama pon preloved, accept la quality not 100% as good as new one lah. Tapi kalau korang boleh bertapak lama dan pandai memilih, pasti akan jumpa barang seindah indahnya.
Macam aku sendiri yang memang shopaholic tahap dewa sememangnya suamiku kene cari port lepak. Aku ditinggalkan dalam JJJ yang gedabak ni dan mulakan step dari row pertama. Mudah sebab ada troli bakul Tarik so senang nak grab barang kan.
Again, HARGA SERENDAH RM1 sis !! korang kene terjah JJJ ni dulu baru percayakan. Ada 2 outlet sekarang ni tak silap aku, satu kat ONE SHAMELIN yg aku kisahkan ni, dan satu lagi di ONE CITY. So kawan tersayang aku ni mostly area KL boleh terjah weyh, korang kene ambil satu hari full untuk buat “lawatan tapak’ ni. Aku selalu terjah kat One Shamelin kat Taman Shamelin tu, ni link Fb JJJ JALAN JALAN JAPAN. Sebelum terjah , kalau belum terjah, reviewlah dulu ye, tekan je link tadi tu ok.
Aku sahaja dah banyak melawat tapak. Barang apa ada? Aku nk menghias bilik pon ke JJJ, nak hias work port aku pon ke JJJ nak cari barang organizer dapur dan almari pon ke JJJ, kawan aku nak dapat baby cari stroller, tilam bagi kat JJJ. Cuma lepas beli kena pastikan BERSIH dan kene cuci lebih sikit la sis, nama PRELOVED kan memang agak begitu kan.
Believe ayat aku ni ye. KATIL BABY, BAJU SCUBA, KASUT, ALMARI, BAJU SEJUK TAHAP DEWA, ALATAN SEMBAHYANG CINA, HIASA PASU, ALAT  TULIS, BEG BAGASI, PERMAINAN ANIME !! Yes, sesiapa yang minat kumpul mainan ANIME boleh kesini sebab almost all anime from Japan ada.
tahu tak sekarang, obviously my husband love shopping lagi lagi kat JJJ ni. Free je JOM JJJ katanya. Bawa RM100, barang die kiri kanan penuh tangan si oii.
Dah banyak kali aku redah JJJ ni sebenarnya, then husband kata apakata share kat blog awak tu, apa lagi, good idea and this is it.
Apa dapatan aku kat JJJ selama ni?
·         Blouse sehelai RM5 and I grab 2 blouse, skirt ala ala palazzo corak Thailand & tag from Thailand cost me only RM10 !! it seem like RM30 weyhhh, padahal sepolohhhinggit jeee. Cawan atau mug untuk my officemates hanya RM2 sebijik. Frame gambar untuk hias bilik pengantin baru hanya RM3 tapi design vintage dan Nampak macam rm50 engkoranggg! The best ialah aku dapat pouch yang berbulu carpet hanya dengan RM1 !! Kalah kedai RM5 atau RM2 tu. Banyak lagi lah kami bawak balik sebenarnya.
kalau pandai pilih, dapat yang rare tu, suami aku dapatlah spider man Marvel punya mug, so hanya RM2 kan, grab je
ni lah pouch aku cakap tu, really fit my bag and macam macam boleh sumbat 
In short, MACAM MACAM HADOOOOOO !!  Haishh, memang korang kene terjah. Selamat melancong ke JAPAN ye korang !! heheh.


No comments:

Post a Comment